BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 2, 2010

Titian langkah di Pesta Tanglung UTM 2010



Gambar di atas menunjukkan diri penulis di tapak festival dalam melakukan tugasnya dengan penuh minat dan keseronokan.


Pada 1 Julai 2010, berlangsung satu festival Pesta Tanglung telah diadakan di Tapak Kokurikulum UTM pada jam 7 petang yang berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.Antara acara yang disusun mengisi festival pada malam itu ialah majlis pembukaan oleh Yb Datuk Ir.Dr.Wee Ka Siong ,yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran kini dan diikuti oleh ucapan beliau,begitu juga dengan ucapan daripada Prof. Madya mohd.Zahid bin Hj.Deraman.Turut hadir pada festival itu ialah Muhammad Zaki Bin Omar, 25, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa UTM.Menurut beliau,program ini telah mencapai objektifnya iaitu memperkenalkan tamadun bangsa cina serta kebudayaan dan kesenian negara,selain daripada meningkatkan polarisasi kaum dalam suasana kampus, beliau juga menyatakan bahawa MPMUTM amat menyokong secara total program yang mengangkat karya tradisional seperti ini dan berharap ianya akan diperluaskan lagi di peringkat yang lebih global.Bukan itu sahaja,malah program seperti ini juga dapat mengasah bakat kepimpinan dalam diri komuniti yang terlibat dalam menjayakan festival tersebut. Persis kata mutiara,kekitaan yang erat ,tiada yang berat.Justeru itu,program seperti ini dapat menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penuntut-penuntut di universiti. Di sebalik pesta Tanglung ini ,tersingkap suatu sejarah yang bemakna dalam masyarakat Cina.Menurut sejarahnya,Pesta tanglung ini mula diraikan pada setiap tahun kerana memperingati sejarah kemenangan puak pemberontak Han dalam menjatuhkan kerajaan Dinasti Yuan dengan menggunakan mengadakan strategi dengan menyampaikan maklumat untuk memerangi orang-orang Mongolia ini melalui kuih bulan yang diedarkan dalam kalangan masyarakat Han.Bukan itu sahaja, persembahan kesenian dan aktiviti yang dijalankan cukup menarik dan festival tersebut dihuni oleh ribuan orang termasuk dari luar kawasan kampus.Menurut saudara,Tan Wei Jie,21,ahli komuniti Pesta Tanglung ini,beliau berpendapat bahawa program seperti ini dapat melonjakkan lagi tahap apresiasi kesenian dan kebudayaan tradisional di Malaysia.Mudah mudahan festival seperti ini dapat dijadikan satu persepsi yang membawa wajah keseluruhan budaya masyarakat serta dapat dijadikan proses penghebahan budaya yang disulami inovasi dalam teknologi, mewujudkan ruang kepada kaum-kaum di negara ini untuk memahami budaya satu sama lain, lebih-lebih lagi memperkenalkan ciri istimewa budaya bangsa kita kepada masyarakat antarabangsa. Justifikasinya, program seperti ini juga mampu untuk mengangkat taraf kebudayaan negara ke tahap mampu “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara luar.

Penulis,
NUR ANIS BTE NORDIN
News Writer for Student Life And Culture
Student Media Team 2010
Universiti Teknologi Malaysia