BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

PASAR MALAM PERDANA

PROGRAM PASAR MALAM PERDANA



KOLEJ PERDANA,28 JULAI 2009-Program Pasar Malam Perdana yang menjadi program tahunan bagi Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia telah bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam untuk semester 2009/2010.Pelbagai gerai jualan dibuka seperti gerai menjual beraneka jenis makanan sehingga barang jualan.Selain itu,terdapat juga tayangan filem perdana yang ditayangkan secara percuma untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke pasar malam tersebut.”Objektif utama dalam Program Pasar Malam Perdana ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menjadi usahawan muda dan lebih kreatif serta serba boleh”kata Mohd Halfeasy,Pengarah Program Pasar Malam Perdana.Tambahan pula,program ini juga turut dijayakan oleh peniaga-peniaga dari luar kampus yang membuka gerai di tapak pasar malam tersebut.Pasar Malam Perdana bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar tempatan,malahan para pelajar antarabangsa juga turut mengunjungi pasar malam tersebut.Ini membuktikan bahawa ,program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar kampus itu sendiri. Para pelajar tahun satu juga didedahkan dengan program-program tahunan Kolej Perdana kerana terdapat kaunter maklumat yang dibuka oleh pelajar senior yang menerangkan tentang program-program yang akan dijalankan oleh Kolej Perdana sepanjang semester ini. “Saya berharap program ini akan lebih mendapat sambutan pada minggu-minggu akan datang dan memberi manfaat kepada semua pelajar dan warga kampus,”ujar pengarah program tersebut mengenai harapan beliau.



Para pengunjung sedang membeli makanan