PROGRAM PASAR MALAM PERDANA
KOLEJ PERDANA,28 JULAI 2009-Program Pasar Malam Perdana yang  menjadi  program  tahunan  bagi  Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia telah bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam untuk semester 2009/2010.Pelbagai gerai  jualan dibuka seperti gerai menjual beraneka jenis makanan sehingga barang jualan.Selain itu,terdapat juga tayangan filem perdana yang ditayangkan secara percuma untuk pengunjung-pengunjung yang hadir ke pasar malam tersebut.”Objektif utama dalam Program Pasar Malam Perdana ini bertujuan untuk  menggalakkan para pelajar menjadi usahawan muda dan  lebih kreatif serta  serba boleh”kata Mohd Halfeasy,Pengarah Program Pasar Malam Perdana.Tambahan pula,program ini juga turut dijayakan oleh peniaga-peniaga  dari luar kampus yang  membuka gerai di tapak pasar malam tersebut.Pasar  Malam  Perdana bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar  tempatan,malahan para pelajar antarabangsa juga turut mengunjungi pasar malam tersebut.Ini membuktikan bahawa ,program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar kampus itu sendiri. Para pelajar tahun satu juga  didedahkan dengan program-program tahunan Kolej Perdana kerana terdapat  kaunter  maklumat yang dibuka oleh pelajar senior yang menerangkan tentang program-program yang akan dijalankan oleh Kolej Perdana  sepanjang  semester ini. “Saya berharap program ini akan lebih  mendapat  sambutan pada minggu-minggu akan datang dan  memberi manfaat kepada semua pelajar dan warga kampus,”ujar pengarah program tersebut mengenai harapan beliau.
Para pengunjung sedang membeli makanan
Thursday, July 30, 2009
PASAR MALAM PERDANA
Posted by TSDNAN at 9:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uh?
pengarah program kate gtu eh?
isk3.
bile eh aku kate gtu?
hehe.
he he
eh..kan ko ckp kat aku sorang je
Post a Comment